Monday, 16 August 2021

Video Testimoni dari Pelanggan Reich Rehab Supply

 Terima kasih semua.




Reich Rehab Supply

0176268424

www.reichrehab.com

Testimoni Ogos21

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


17 Ogos 2021


Kepada semua pelanggan saya, saya ingin berterima kasih kerana mempercayai dan berpuas hati dengan servis saya yang membuatkan saya untuk lebih memberi servis yang terbaik untuk masa-masa akan datang.  Saya gembira dapat memberi servis kepada anda semua.

Saya di Reich Rehab Supply bersedia untuk memberi servis yang terbaik untuk anda. Hubungi saya di 017-6268424 Faizal untuk saya bantu selesaikan masalah yang anda hadapi .

Antara pelanggan kami adalah seperti di bawah. Kami bekalkan pelbagai barangan bantuan kesihatan terus kepada anda semua.

Reich Rehab Supply ada membekalkan pelbagai jenis katil hospital dan alatan bantuan dalam menguruskan pesakit ketika di rumah, antaranya;

  1. Katil hospital/ pesakit
  2. Kerusi Roda / Wheelchair
  3. Meja
  4. Tirai
  5. Tilam
  6. Tilam Angin
  7. Kerusi Sembahyang
  8. Commode chair
  9. Tempat buang air kecil
  10. Oxygen Concentrator
  11. Tongkat
  12. etc
Hubungi Faizal- 0176268424
www.reichrehab.com


























Tips Pemilihan kriteria katil terbaik untuk keperluan di rumah

 Sepanjang 7 tahun dalam bidang Rehab ini, kami di Reich Rehab Supply mendapat banyak info & pengalaman sepanjang tempoh ini. Oleh itu, kami suka ingin share semua pengalaman yang mungkin dapat membantu anda semua dalam proses membuat pemilihan katil yang sesuai untuk kegunaan di rumah.

Tips dalam pemilihan katil hospital kegunaan di rumah;

Bagi sesetengah orang, mungkin timbul beberapa persoalan yang berlegar dalam kepala—sebagai contoh: Apakah katil yang terbaik untuk si pesakit? Macam mana nak tahu jenis tilam yang sesuai? Bagaimana pula dengan ciri-ciri keselamatan katil tersebut? Maka dengan itu, di sini disediakan beberapa tips dan penerangan yang perlu diketahui oleh semua bakal pembeli.

Jenis-Jenis Katil Hospital

Pada asasnya, katil hospital boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: katil manual, katil semi-elektrik dan katil elektrik penuh. Sila rujuk penerangan berikut:



a) Katil Hospital Manual

Katil manual boleh mengubah ketinggian bahagian kepala atau kaki dengan menggunakan engkol tangan (hand crank). Katil ini biasanya lebih murah daripada jenis semi atau elektrik penuh dan sesuai untuk pesakit yang tidak memerlukan bantuan pergerakan fizikal yang banyak.

Antara ciri-ciri katil manual yang terdapat di pasaran adalah;

Single Fold / 1 Fungsi - Boleh laras bahagian kepala( dari pinggang sampai kepala 0-90Deg) sahaja

Double Fold/ 2 Fungsi -Boleh laras bahagian kepala( dari pinggang sampai kepala 0-90Deg) & kaki sahaja

Hi lo / 3 FungsiBoleh laras bahagian kepala( dari pinggang sampai kepala 0-90Deg) , kaki & tinggi rendah katil.

b) Katil Hospital Elektrik Penuh

Katil jenis ini biasa digunakan di kebanyakan hospital swasta disebabkan ciri-ciri canggih yang ditawarkan. Menjaga pesakit dengan katil jenis ini adalah lebih mudah kerana proses pengendaliannya bergantung penuh kepada mesin elektrik. Katil hospital elektrik penuh amat sesuai untuk pesakit yang mempunyai ketidakupayaan fizikal. Cuma dari sudut harga, katil ini memang agak mahal berbanding kedua-dua jenis katil di atas.

Hi lo / 3 Fungsi - Boleh laras bahagian kepala( dari pinggang sampai kepala 0-90Deg) , kaki & tinggi rendah

Ultra low / 3 Fungsi - Boleh laras bahagian kepala( dari pinggang sampai kepala 0-90Deg) , kaki & tinggi rendah ( tapi lebih rendah, hampir ke lantai)

Ciri-Ciri Tambahan Yang Lain

Pilihan Posisi: Walaupun sudah pun dilengkapi dengan fungsi asas seperti menaikkan atau menurunkan bahagian kepala atau bawah badan, sebenarnya ada lagi pilihan posisi lain yang lebih spesifik seperti: posisi Trendelenburg, reverse Trendelenburg dan posisi Fowler.

Pagar Tepi (Side Rails): Rel atau pagar tepi adalah salah satu ciri keselamatan yang dapat menghalang pesakit daripada terjatuh dari katil. Pagar ini diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan boleh dibuka jika perlu.

Timbangan Katil: Fungsi ini adalah untuk menimbang pesakit tanpa perlu dipunggah daripada katilnya.

Tempat Penyimpanan: Ruang ini berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan tangki Oksigen, alat kawalan jauh, buku, sarung tangan atau peralatan penting yang lain.

Jenis-Jenis Tilam Yang Sesuai Untuk Katil Hospital



Terdapat beberapa ciri yang perlu diambil perhatian ketika memilih tilam untuk katil hospital. Sebagai contoh:

1) Tilam PVC ( Kalis air )

2) Tilam fabrik

3) Tilam Angin

a) Fleksibiliti

Salah satu kunci untuk memilih tilam yang ideal adalah dengan memilih tilam yang mampu mengadaptasi sebarang proses lipatan hasil daripada pelarasan postur katil.

b) Ketebalan

Pilihlah tilam yang dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada pesakit. Jika pesakit harus berbaring lebih dari 12 jam, sediakanlah tilam selesa yang tebal tetapi masih fleksibel.

c) Tilam Alas Anti-decubitus

Tilam bersifat elastik ini direka bagi mencegah luka baring jika berada terlalu lama di atas tilam. Ianya tidak begitu tebal dan amat sesuai dialaskan di atas tilam utama. Tilam alas ini dapat menyekatakan berat badan secara efisien supaya tidak ada bahagian badan yang mendapat tekanan berlebihan. Tilam bergelembung ini dikembungkan dengan menggunakan pam automatik yang dapat mengisi udara dengan pantas.